Akaun alaminpm.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.
Dana Pembangunan Bangunan Baru SRIIAAPM

Bantu Kami Realisasikan Bangunan Sekolah Baru Untuk Anak-Anak Sri Al-Amin Putra Mahkota.

Misi RM2 Juta Demi Ruang Belajar Yang Selesa & Kondusif.

Dari permulaan 3 kelas pada 2016, kini kami berkembang pesat. Ayuh bersama kami sediakan fasiliti lengkap

termasuk makmal, perpustakaan,dan surau di bangunan sendiri di Bandar Puteri Bangi.

Latar Belakang

Sekolah Rendah Sri Al-Amin Putra Mahkota (SRIAAPM) telah beroperasi sejak tahun 2016,

asalnya sebagai cawangan Sri Al-Amin Bangi untuk menampung permintaan tinggi ibu bapa

di sekitar Bangi Lama, Bandar Seri Putra, dan Bukit Mahkota.

Alhamdulillah, berkat sokongan anda, sekolah ini berkembang pesat. Namun, dengan pertambahan murid dan visi

untuk melahirkan generasi "Beriman, Berusaha, Memimpin", kami memerlukan

sebuah bangunan sendiri yang lebih lengkap.

Anak-anak kita perlukan lebih daripada sekadar kelas. Mereka perlukan:

✅ Makmal sains & komputer.✅ Perpustakaan yang selesa.✅ Dewan perhimpunan.✅ Ruang solat (Surau) yang kondusif. 

Projek Pembangunan

Kini, pihak sekolah sedang mengusahakan pembelian dan pengubahsuaian

8 unit bangunan kedai yang terletak di Bandar Puteri Bangi.



Status Terkini Projek:


Pihak kami telah berjaya menjelaskan modal awal sebanyak RM322,189

yang meliputi deposit, yuran guaman, dan penilaian hartanah.

Pinjaman bank (CIMB) sebanyak RM1.68 Juta juga telah diusahakan.

Namun, DANA TAMBAHAN MASIH DIPERLUKAN SEGERA untuk menampung

kos Operasi Renovasi & Kelengkapan Penuh.

Dana yang dikumpul ini akan digunakan untuk:


????️ Ubahsuai Struktur: Mekanikal, Elektrikal & Partition kelas.

❄️ Kemudahan Asas: Pemasangan Aircond, Internet & CCTV.

???? Kelulusan Pihak Berkuasa: Yuran MPKJ, BOMBA & Kebenaran Merancang (KM).

☀️ Inovasi Rooftop: Pembinaan tempat perhimpunan, aktiviti sukan,

dan pemasangan panel solar di tingkat atas.

Sasaran & Kos

Sasaran Keseluruhan Kos Pembangunan: RM2,000,000 (RM2 Juta).

Ini bukan sekadar bangunan batu bata. Ini adalah pelaburan jangka panjang untuk melahirkan

modal insan Rabbani yang bakal memimpin masa depan.

Setiap sumbangan anda akan menjadi sebahagian daripada dinding yang melindungi mereka,

lantai tempat mereka bersujud, dan ruang tempat mereka menghafal Al-Quran.

Harapan

Projek bangunan baru SRIAAPM ini adalah satu usaha kolektif. Sokongan padu daripada ibu bapa (PIBG), alumni,

dan komuniti Bangi/Putra Mahkota adalah nadi kejayaan impian ini.

Kami mendoakan agar setiap penyumbang dilimpahi rezeki yang barakah dan dipermudahkan

segala urusan dunia dan akhirat.